Thursday, 10 May 2012
Kenapa kita perlukan Sabun dalam kehidupan kita???
Pernahkah anda tidak menggunakan sabun dlm urusan seharian anda?..Mesti tidak sekalipun anda tidak menggunakan..Ya SABUN...setengah masyarakat sabun adalah benda yang tidak begitu penting..Tahukah anda tanpa sabun, kita akan hidup dengan kurang selesa..Kerana apa ya kawan2x?...Badan berbau..baju tidak bersih dan kebersihan diri kita, tempat kediaman kita kurang selesa untuk di duduki..Meh kita tgk mcm mna sabun berfungsi...
Ada bahan yang boleh larut dalam air (contohnya, garam) dan ada juga bahan yang tak boleh larut dalam air (contohnya, minyak). Air dan minyak merupakan dua bahan yang tidak boleh terlarutcampur. Jadi, apabila kita hendak menghilangkan kesan minyak pada pakaian atau kulit kita, mencucinya dengan air sahaja pasti tidak mencukupi. Kita memerlukan SABUN.
Sabun terhasil daripada molekul yang mempunyai “kepala” hidroflik (suka air) dan “ekor” lipofilik (benci air).
Sifat yang terdapat pada sabun ini, membuatkan sabun bertindak seperti diplomat yang mana diplomat ini akan berusaha untuk memperbaiki hubungan di antara minyak dan air. Bagaimana? Apabila sabun ditambahkan ke dalam air (semasa proses pencucian), kepala hidrofilik(suka air) ini tadi akan melekat pada air, manakala ekor hidrofobik (benci air) akan melekat pada minyak dan berusaha untuk menarik minyak keluar daripada pakaian itu. Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya micellas (minyak akan diserap dan diperangkap).
Kemudian, emulsi di antara air dan minyak akan terhasil. Ini bermaksud, molekul minyak akan terserak di dalam molekul air. Kemudian, emuli ini akan disingkirkan semasa kita membilas pakaian itu.
Kesimpulannya, sabun bertindak sebagai agen pengemulsi. Ia membenarkan air dan minyak terlarutcampur dan membolehkan kesan minyak pada pakaian disingkirkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment