Wednesday, 16 May 2012

Jasamu.....wahai Guru

“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”


Siapa Guru? Siapa Cikgu?..Siapa mereka ini sebenarnya. Mereka ialah seorang yang kita pernah kenal sejak menjejak kaki ke tadika, sekolah renda, sekolah menengah dan peringkat2 tinggi yang lain...Tapi siapakah mereka? Apa tugas mereka? Apa tanggungjawab yang telah diberikan?....Siapa kita untuk mempersoalkan tugas dan tanggungjawab mereka itu... Tidak kesahlah gelarannya sebagai pensyarah, cikgu, tuan, encik, puan, cik, tuan pengetua, selagi mereka ini mendidik kita, mereka adalah guru kepada kita. Mereka  seorang banyak berjasa memberikan kita ilmu pengetahuan...penat lelah mengajar mengenal huruf A B C, mengira 1 2 3 ... sehingga berjaya menjadi seorang ternama. berpengaruh..cendiakiawan..dan sebagainya...Titik mulanya adalah dari seorang Guru, Cikgu, Pensyarah dan lain2 lagi....Pernahkah kita terfikir seandainya kita menuntut ilmu tanpa guru di sisi yang membantu?..Di manakah haluan kita sekarang ini?...Tepuk dada tanyalah hati...

 Ingatlah, tanpa guru tidak mungkin kita mempunyai minda seperti sekarang. 



Friday, 11 May 2012

Apa yang kita makan sebenarnya?????





TIP 1 : Kandungan Dalam Makanan

Kandungan yang terdapat dalam label bukan merupakan kandungan sebenar yang terdapat dalam sesuatu makanan. Terdapat banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti scrylamides. Ia wujud dalam makanan yang melalui pemprosesan suhu yang tinggi (high heat). Namun tiada keperluan mengenainya untuk disenaraikan dalam label makanan. Terdapat juga bahan makanan yang berkemungkinan turut mengandungi racun serangga dan bahan-bahan kimia yang lain, tetapi tidak disenaraikan.


TIP 2 : Monosodium Glutamat (MSG)

MSG merupakan bahan tambahan makanan di dalam ribuan produk makanan dan runcit dengan pelbagai nama. Bahan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah ketidakseimbangan terhadap sistem fungsi badan, kegagalan keseimbangan pemakanan dan juga menyebabkan pengguna memakan lebih banyak makanan. Selain daripada itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kegemukan.

- Kandungan MSG Yang Disembunyikan:

Kewujudan MSG dalam sesuatu produk makanan disembunyikan dalam kandungan makanan melalui ekstrak yis, yis troula, hydrolyzed vegetable protein dan yis terautolsis. Terdapat beribu-ribu produk yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang boleh meningkatkan rasa makanan tersebut.

- Symptom Attention - Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHA):

Simpton ini terdapat pada kanak-kanak dan disebabkan oleh kandungan makanan terproses yang mengandungi pewarna tiruan berlebihan. Ia juga disebabkan oleh pemprosesan makanan yang tinggi refined carbohydrates. 80 peratus daripada kanak-kanak yang dirawat dengan menghindarkan pengambilan makanan terproses boleh sembuh daripada ADHD dalam masa dua minggu.

TIP 3 : Aspartame

Bahan pemanis tiruan ini apabila didedahkan kepada cuaca panas untuk beberapa jam boleh membentuk bahan kimia yang dikenali sebagai formaldehid dan asid formik. Asid formik boleh menyebabkan kerosakan pada mata, otak dan keseluruhan sistem saraf. Selain daripada itu, aspartame juga sering dikaitkan dengan sakit kepala (migraine), penglihatan kabur dan pelbagai masalah sistem saraf yang lain.


TIP 4 : Plastik

Pembungkus plastik makanan mempunyai kesan yang membahayakan kesihatan. Ia boleh menyebabkan bahan kimia bisphenol A terserap ke dalam makanan. Amalan memasak dalam bekas plastik meningkatkan pendedahan tersebut. Bisphenol A boleh menyebabkan tumor payu dara bagi lelaki dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon bagi wanita. Selain itu, ia turut menyebabkan kanser yang berkaitan hormon seperti kanser prostat dan kanser payu dara.


TIP 5 : Susu

Susu yang dikeluarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dihasilkan oleh lembu yang telah disuntik hormon sintetik yang diharamkan di kebanyakan negara lain. Penggunaan hormon itu dikatakan antara penyebab remaja wanita di Amerika Syarikat mempunyai pembesaran buah dada pada usia yang muda dan turut meningkatkan kanser yang berkaitan dengan hormon seperti kanser prostat.

Thursday, 10 May 2012

Kenapa kita perlukan Sabun dalam kehidupan kita???



Pernahkah anda tidak menggunakan sabun dlm urusan seharian anda?..Mesti tidak sekalipun anda tidak menggunakan..Ya SABUN...setengah masyarakat sabun adalah benda yang tidak begitu penting..Tahukah anda tanpa sabun, kita akan hidup dengan kurang selesa..Kerana apa ya kawan2x?...Badan berbau..baju tidak bersih dan kebersihan diri kita, tempat kediaman kita kurang selesa untuk di duduki..Meh kita tgk mcm mna sabun berfungsi...


Ada bahan yang boleh larut dalam air (contohnya, garam) dan ada juga bahan yang tak boleh larut dalam air (contohnya, minyak). Air dan minyak merupakan dua bahan yang tidak boleh terlarutcampur. Jadi, apabila kita hendak menghilangkan kesan minyak pada pakaian atau kulit kita, mencucinya dengan air sahaja pasti tidak mencukupi. Kita memerlukan SABUN.


Sabun terhasil daripada molekul yang mempunyai “kepala” hidroflik (suka air) dan “ekor” lipofilik (benci air).


Sifat yang terdapat pada sabun ini, membuatkan sabun bertindak seperti diplomat yang mana diplomat ini akan berusaha untuk memperbaiki hubungan di antara minyak dan air. Bagaimana? Apabila sabun ditambahkan ke dalam air (semasa proses pencucian), kepala hidrofilik(suka air) ini tadi akan melekat pada air, manakala ekor hidrofobik (benci air) akan melekat pada minyak dan berusaha untuk menarik minyak keluar daripada pakaian itu. Fenomena ini akan menyebabkan berlakunya micellas (minyak akan diserap dan diperangkap).


Kemudian, emulsi di antara air dan minyak akan terhasil. Ini bermaksud, molekul minyak akan terserak di dalam molekul air. Kemudian, emuli ini akan disingkirkan semasa kita membilas pakaian itu.


Kesimpulannya, sabun bertindak sebagai agen pengemulsi. Ia membenarkan air dan minyak terlarutcampur dan membolehkan kesan minyak pada pakaian disingkirkan.

Saturday, 7 April 2012

~~Hilang~~

Yang dihilangkan dari mata, tidak mengapa. Jangan kita kehilangan rasa!Yang dihilangkan dari dunia, tidak mengapa. Jangan kita kehilangan Syurga!


LAtihan Poster pertama ....jom kita tgk sma2x..

Inilah poster pertama sya...1st time guna Adobe Photoshop, selalu duk dgr org sebut2 je..xla susah mana pun.yang penting kreatif..hahaha..Maaf ler ..sya xcreative..jiwa xseni..:D